Event is FINISHED

[Siri Kuliah Umum - PESAN] Forum Sastera Singapura

Description

PESAN (Penggerak Sastera Nasional) merupakan sebuah gerakan kesedaran untuk mengembangkan pemikiran, appresiasi dan pasaran sastera agar lebih dinamik dan kompetitif dengan memanfaatkan sumber-sumber, kemudahan dan sokongan sedia ada untuk menjadi pemain global sebagai pengubah permainan (game changer) dengan memberi penjenamaan baru (new branding) kepada dunia Kesusasteraan Melayu Singapura sebagai sebuah entiti Bangsa Singapura yang hidup harmoni, hormat menghormati, saling bekerjasama, toleransi, maju dan makmur dalam masyarakat berbilang bangsa, bahasa dan agama.

Beberapa kegiatan jangka pendiknya pada tahun 2017 ialah mengadakan siri forum sastera dan penerbitan jurnal budaya bersifat semi akademik.


* Harap maklum bahawa ada pertukaran dalam anggota panel untuk forum ini.


Forum 1 [10.00pg - 12.00tgh]:

Karya-karya sastera Melayu Singapura tidak mewakili nilai-nilai pemikiran dan suara kemanusiaan sejagat.


Anggota Panel:

  1. Encik Ahmad Md Tahir
  2. Encik Hamed Ismail
  3. Encik Suratman Markasan
Pemudahcara: Encik Juffri Supaat (NLB)


Forum 2 [2.00ptg - 4.00ptg]:

Ketandusan pengkritik sebab utama Sastera Melayu Singapura tidak berkembang.

Anggota Panel:
  1. Encik Isa Kamari
  2. Encik Mohamed Latiff Mohamed
  3. Prof. Dato' Dr. Hashim Awang
Pemudahcara: Dr. Mohamed Pitchay Ghani


Biodata Anggota Panel & Pemudahcara:


Encik Suratman Markasan

Penulis novel mampan ini telah membaca puisi-puisinya di kota-kota besar dunia seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Bali, Osaka, London, Paris, Bielefeld Jerman, San Francisco dan Ohio USA dan Singapura. Penerima Anugerah Montblance-NUS Literary Award (1977); SEA Write Award, Thailand (1989); Anugerah Tun Seri Lanang MBMS (1999); Anugerah Sastera Nusantara (1999); Anugerah Tokoh Pujangga UPSI (2003) dan Pingat Budaya Kerajaan Singapura 2010.


Encik Mohamed Latiff Mohamed

Mohamed Latiff Mohamed adalah penyair dan penulis yang prolifik di arena kesusasteraan Melayu Singapura. Mantan seorang guru yang terkenal dengan karya-karyanya mengenai perjuangan masyarakat Melayu di pasca kemerdekaan Singapura. Mohamed Latiff dianugerahkan Pingat Budaya Kerajaan Singapura pada 2013.


Encik Hamed Ismail (Amar Hais)

Hamed Ismail atau Amar Hais dilahirkan pada 18 Mei 1948. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Melayu Siglap; Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran pada tahun 1967. Pernah bertugas sebagai Penolong Penyelidik Radio dan Televisyen Singapura; pembaca di Kementerian Kebudayaan dan penulis skrip di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC); Penulis Skrip Eksekutif Mediacorp TV12. Beliau mula menulis pada awal tahun 70-an.


Encik Isa Kamari

Isa Kamari meraih ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Nasional Singapura (1998) dan M. Phil dalam Persuratan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2008). Beliau telah menghasilkan 9 buah novel dalam bahasa Melayu, termasuk Satu Bumi, Kiswah, Menara, Atas Nama Cinta, Duka Tuan Bertakhta dan Selendang Sukma. Tujuh daripada karya ini sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Beliau turut menghasilkan koleksi puisi, cerpen-cerpen serta skrip teater. Saudara Isa juga merupakan penerima anugerah S.E.A Write Award (2006), Pingat Budaya (2007) serta Anugerah Tun Seri Lanang (2009).


Dr Mohamed Pitchay Gani

Dr Mohamed Pitchay Gani menyempurnakan Phd beliau dalam Linguistik pada tahun 2014. Beliau kini merupakan pegawai Pendidikan Kanan di Kementerian Pelajaran Singapura. Penyusunan cerita pendek dan puisi untuk Projek SG50 Singapura. Pengerusi Tetap ASAS’50 selepas menerajui pertubuhan persuratan itu sebagai Ketua 1 selama 10 tahun.


Encik Ahmad Md Tahir

Ahmad Md Tahir ialah seorang pengasas Kamus. Antara karya, Bunga Makna, Memories & Desires, Rhythms: A Spore Millennial Anthology Of Poetry, Fire of the Spirit. Penerima Anugerah Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1990, 1992 & 1993); Hadiah Kedua Sayembara Sastera MBMS (1993); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1994); hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: sajak Teja (Erti Feudalisme) (1995).


Profesor Dato' Dr Hashim Awang

Profesor Dato' Dr. Hashim Awang adalah seorang Felo Penyelidik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau mempunyai kerjaya yang sangat cemerlang sebagai pensyarah di Universiti Malaya, Universiti Brunei Darussalam. Seorang Pengkritik Sastera bidang novel dan cerpen yang sangat disegani.


Encik Juffri Supaat

Juffri Supaat adalah Pustakawan Kanan di Perpustakaan Negara, Singapura. Beliau telah menerbitkan kumpulan puisi XXL: AnaK Muda Julung Berkeris (1999) serta menyusun beberapa kumpulan puisi seperti Sumbangsih Mas: Koleksi puisi pilihan (2012) dan Suratman Markasan: Puisi-puisi Pilihan (2014).

--------------------

Semua maklumat adalah tepat pada masa penerbitan. Taman Warisan Melayu berhak untuk membuat perubahan dan pengubahsuaian kepada program-program tanpa memberi notis terlebih dahulu. Pandangan dan pendapat yang disuarakan oleh para penceramah, fasilitator atau artis dalam ceramah dan bengkel tidak semestinya mewakili pandangan dan pendapat Taman Warisan Melayu. Semua hak cipta terpelihara. © Hak Cipta 2017.

Updates
  • The event description was updated. Diff#283706 2017-10-04 12:19:23
More updates
Sat Oct 7, 2017
10:00 AM - 4:00 PM SGT
Add to Calendar
Venue
Malay Heritage Centre Auditorium
Tickets
[Forum 1 | 10.00pg - 12.00tgh] Karya-karya sastera Melayu Singapura tidak mewakili nilai-nilai pemikiran dan suara kemanusiaan sejagat. FULL
[Forum 2 | 2.00ptg - 4.00ptg] Ketandusan pengkritik sebab utama Sastera Melayu Singapura tidak berkembang. FULL
Venue Address
85 Sultan Gate, Singapore 198501 Singapore
Organizer
Malay Heritage Centre | Taman Warisan Melayu
724 Followers